surat untuk bintang |
Apa khabar bintang..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bintang..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..
Bagaimana hidup kamu bintang..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku bintang..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinaranmu..
Aku rindu kamu bintang..
Aku rindu kamu..
Rindu..